dan siapa yang berhak masuk neraka,
sesuai dengan berat-ringan (timbangan) amal perbuatannya. Kenikmatan syurga dan
seksaan neraka adalah hasil akhir dari proses Hari Kiamat.
Para penghuni syurga akan kekal dengan kenikmatan syurga, begitu pula para penghuni neraka akan kekal dengan seksaan neraka kecuali sebahagian penghuni neraka yang mempunyai kadar keimanan – meskipun sedikit – kerana mereka akan diangkat ke syurga.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih). Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putusnya.” (Huud: 106-108).
Di depan telah disinggung bahawa masa di syurga dan neraka adalah masa yang kekal. Logiknya bererti nikmat yang diterima penghuni syurga tidak akan terputus (berhenti), begitu juga seksaan yang diderita penghuni neraka (tidak akan terputus juga). Tapi jika kita menelaah kembali ayat di atas, ayat tersebut menyatakan bahawa kekekalan masa, baik di syurga mahupun di neraka dinafikan oleh potongan ayat. “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain).” Bagaimana bertentangan antara dua persepsi ini?
Jawapannya adalah bahawa penghuni neraka tidak hanya diseksa dengan api neraka saja, tetapi dengan berbagai jenis seksaan – selain seksa api neraka – seperti kedinginan yang mencekam dan berbagai seksaan lainnya yang lebih pedih dan kejam. Seksaan itulah (selain seksaan api neraka) yang dimaksud dengan ayat di atas. Maksudnya, mereka (penghuni neraka) diseksa dengan api neraka untuk selamanya, tapi tidak selalu diseksa dengan seksaan selain api neraka. Demikian halnya dengan penghuni syurga, selain mendapat syurga yang kekal, mereka juga mendapatkan berbagai kenikmatan syurga – di mana hanya Allah